Alhamdulillah, saya akan mendaftar untuk mengikuti Sarjana Sains Sosial ( Psikologi Kaunseling ) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30hb. Jun 2009. Syukur ke hadrat Allah swt yang telah membuka ruang dan peluang untuk saya melanjutkan pelajaran dalam Bidang Psikologi Kaunseling.
Ruang ini akan saya gunakan untuk mencatatkan segala kenangan bermula daripada 30hb. Jun 2009 hingga 31 Disember 2010. Semoga Allah swt menyempurnakan hajat ini. Ameen...
Tidaklah sempurna rasanya jika saya tidak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Norahim bin Mohd Sani, salah seorang pensyarah UKM yang turut menyatakan sokongan dan bersedia untuk membantu saya. Saya juga merakamkan penghargaan kepada Wargayks kerana sentiasa turut mendoakan kejayaan saya dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Saya dapat rasakan bahawa mereka merasakan kejayaan saya sebagai sebahagian daripada kejayaan mereka juga. Tanpa pengorbanan mereka belum tentu saya dapat meluangkan masa untuk mengikuti program ini. Saya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ke atas keluarga dan anak-anak mereka. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Ajurah Ishak, Puan Zarinah dan Puan Hajah Norizan Zakaria.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Ustaz Ahmad Zaki Haji Hamzah yang turut memberi sokongan moral supaya saya meneruskan pengajian saya ini. Selain daripada itu, saya juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Norazman bin Amat, Encik Wan Aminuddin dan Ustaz Jaafar bin Muhammad di atas doa dan sokongan mereka. Hati berasa gembira apabila sms memaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk menyambung belajar mendapat respon doa daripada Ustaz Jaafar bin Muhammad.
Tidak sempurna rasanya kalau saya tidak sempat merakamkan penghargaan kepada mereka yang menganggap saya ayah mereka. Mereka yang saya maksudkan ialah Jafarsidik Muhammad, Muhammad Syahzlan Abdullah, Muhammad Adam Chang, Muhammad Aiman dan mereka adalah anak-anak saya yang tiada susurgalur !
No comments:
Post a Comment